Houston Astros
Houston Astros

Houston Astros

Houston Astros ialah pasukan besbol Amerika yang berpusat di Houston, Texas. Astros bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) divisyen West. Pasukan ini telah berpindah ke divisyen tersebut pada tahun 2013 selepas beraksi selama 51 musim di National League (NL).[6][7]Astros mula-mula ditubuhkan sebagai Houston Colt .45s dan bertanding di National League sebagai pasukan tambahan bersama New York Mets pada 1962. Namanya kini, "Astros" telah diambil sempena penglibatan Houston sebagai tuan rumah Johnson Space Center pada tiga tahun kemudian iaitu apabila mereka berpindah ke Astrodome. Astrodome menjadi stadium sukan berkubah pertama dan digelar "Keajaiban Kelapan Dunia". Astros seterusnya berpindah ke stadium baru, Minute Maid Park pada tahun 2000.[8] Astros beraksi di NL West dari tahun 1969 hingga 1993, seterusnya bertanding di divisyen NL Central dari tahun 1994 hingga 2012 sebelum berpindah ke AL West sebahagian daripada penyusunan semula MLB pada 2013.Astros meraih kemenangan pertama musim pada 1972 dan melakukan kemunculan pertama playoff buat kali pertama pada tahun 1980. Pada era 1980-an, mereka meraih tiga gelaran divisyen. Kemudian, Astros yang dibarisi pemain yang terkemuka (ahli Dewan Kemahsyuran) seperti Craig Biggio dan Jeff Bagwell membolehkan Astros meraih kedudukan utama pada lewat 1990-an dan awal 2000-an apabila mereka merangkul empat lagi kejuaraan divisyen dan dua kemunculan Wild Card. Astros juga layak ke kemunculan Siri Dunia pertama pada tahun 2005 apabila mereka dikecewakan oleh Chicago White Sox. Selepas mengalami kemelut kemerosotan pada dekad berikutnya, Astros telah dibeli oleh usahawan perniagaan, Jim Crane pada tahun 2011 yang bernilai $680 juta. Di bawah pemilikan Crane, Astros menjadi perintis kepada sabermetrik dan analisis teknologi baharu dalam peralihan pasukan ke American League. Pada pertengahan 2010-an, Astros berubah daripada pasukan hambar kepada salah satu pasukan MLB paling dominan dan berjaya. Sejak tempoh itu, Astros merekodkan 100 kemenangan dalam tiap-tiap empat musim, tampil dalam enam kejuaraan American League Championship Series (ALCS) berturut-turut dan memenangi empat daripada enam pennant American League. Pada masa itu, Astros meraih Siri Dunia pertama pada tahun 2017 dengan mengalahkan Los Angeles Dodgers; kemudian tampil di Siri Dunia 2019 menentang Washington Nationals, Siri Dunia 2021 menentang Atlanta Braves dan akhirnya merangkul Siri Dunia 2022 menewaskan Philadelphia Phillies. Astros merupakan pasukan keenam yang memenangi siri postseason dalam enam musim berterusan. Pennant kelima Astros pada 2022 menjadikannya pasukan kedua pada era tambahan untuk memenangi lima pennant liga (selepas Mets) serta menjadikan Astros sebagai pasukan tambahan kelima yang meraih dua kejuaraan dunia.Semasa musim 2019–2020, Astros menjadi suspek utama dalam skandal pengambilan pemain MLB yang berlaku ketika musim 2017 dan 2018 yang membawa kepada pemecatan A. J. Hinch dan pengurus am Jeff Luhnow. Namun demikian, Astros terus berjaya dan dilihat sebagai pasukan paling dominan dalam American League.[9][10][11]Dari tahun 1962 sehingga penghujung musim 2022, rekod menang-kalah Astros sepanjang zaman ialah 4,831–4,820.[12]

Rujukan

WikiPedia: Houston Astros https://www.mlb.com/astros/fans/orbit https://www.mlb.com/astros/news/astros-officially-... https://www.mlb.com/cut4/with-new-uniforms-astros-... https://www.mlb.com/news/group-headed-by-jim-crane... https://www.mlb.com/astros/team/front-office http://m.astros.mlb.com/news/article/25992120 https://web.archive.org/web/20150912113823/http://... https://web.archive.org/web/20121104010043/http://... http://www.businessweek.com/news/2011-11-18/astros... http://houston.astros.mlb.com/hou/ballpark/index.j...